Polis mengenal pasti identiti mayat yang ditemui terbakar di tepi jalan di Kampung Padang Air, Kuala Nerus pada 17 April lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, mangsa merupakan seorang wanita berusia 50-an yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah pada 16 April lalu.